outdoor Challenge Course & Wall Climbing

Kerja Pembinaan Rekreation Equipment

HK EVENT

HK EVENT

HK Event syarikat yang didaftarkan dibawah SSM turut berdaftar bersama MOF dan memiliki sijil eperolehan. Syarikat HK Event adalah pemegang sijil CIDB.syarikat yang didaftarkan di Terengganu dan mampu melaksanakan kerja di seluruh Malaysia. Mampu melakukan kerja-kerja pembinaan outdoor rekreation equipment di resort-resort dan hotel yang memerlukan. Memerlukan khidmat HK Event dalam melengkapkan dan menyerikan Pusat Rekreasi anda. Jangan segan boleh hubunggi kami. Dibawah adalah kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Syarikat HK Event sendiri.

Membuat, membina & Memasang panel speed - Bersedia Menerima tempahan di seluruh malaysia

HK Event membuat sendiri panel speed untuk wall climbing. Dari panel hingga ke memasang dan mutunya diakui dan kami garenti panel mampu tahan hujan panas untuk selama 5 tahun. Waranty tukar baru jika panel rosak disebabkan keadaan panas hujan. Bukan rosak disebabkan oleh banjir atau dirosakkan oleh manusia atau kemalangan yang merubah struktur panel. Sehingga hari ini kami mampu memasang Wall Climbing yang menggunakan panel speed sebagaimana yang sudah kami pasang di Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu.

Zip line - menerima tempahan membina & installation penggunaan

Kami mampu untuk membina menara Zipline atau lebih dekat disebut Flying Fox dikalangan penggemar aktiviti outdoor lasak. Jika anda pemilik Outdoor Camp atau Chalet dan Resort ingin membangunkan menara zipline boleh hubunggi kami. Jarak dan ketinggian bergantung kepada keluasan dan kedudukan rupabumi . Apa yang menarik bila pembinaan menara dan kabel untuk aktiviti zipline dengan kami adalah servis selepas siap pembinaan. Anda boleh calunkan kakitangan untuk mendapatkan kelayakan sehingga mampu mengendalikan sendiri aktiviti zipline ini. Kursus-kursus asas beserta kursus peningkatan kelayakan akan diberi. Kursus asas dengan kami dan kursus peningkatan akan disertai di peringkat kebangsaan. Kami boleh memberi nasihat tentang penggunaan peralatan dan jenis-jenis alatan zipline. Boleh mulakan perbincangan jika berminat untuk menyediakan menara zipline untuk meningkatkan perniagaan anda.

Adventure Camp

install Skytrex - melatih tenaga pengajar

Memang akan menjadi satu perniagaan yang menguntungkan jika resort atau chalet dilengkapkan dengan litar SkyTrex. Kami mampu membangunkan litar Skytrek untuk perniagaan anda. Konsep pembinaan dan element yang dibina mengikut kesesuaian lokasi dan rupabumi persekitaran. Crue pembinaan di Adventure Terengganu merupakan antara pemegang Challenge Course Inspector Certificate lulus dan layak untuk Inspection menara tali tinggi atau Outdoor Challenge Course. Suda tentu konsep dan keperluan pembinaan akan mengikut spec yang diluludkan untuk Inspection. Kami sedia berbincang untuk memenuhi cita-cita anda memiliki SkyTrex sendiri.

High element Course

Kerja Penyelenggaraan Wall Climbing JBSNT

HK Event pengendali lebel ww.adventureterengganu.com melaksanakan kerja-kerja baik pulih struktur Wall Climbing milik Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu yang terletak di Komplek Belia & Sukan Jalan Pasir Panjang Kuala Terengganu. Kerja-kerja dilaksanakan mengikut jadual. Disamping membaikpulih panel yang dikeluarkan oleh syarikat Piramid. HK Even turut sama memproduksikan panel untuk acara speed climbing. Gambar-gambar di bawah menceritakan bagaimana kerja-kerja membaikpulih panel wall climbing jenama Piramid yang sudah berada di KBS sejak tahun 1998 lagi. Kerja-kerja dimulakan dengan membetulkan dan menyusun kembali paip galvanis dan menukar 90 peratus clamp pengikat pipe dan seterusnya membaik pulih dan cat semula panel sehingga kelihatan seperti baru.

High Rope Course

membina Wall Climbing

Ada berbagai kaedah dalam mendirikan Wall Climbing. Kesukarannya terletak kepada Oprator yang akan mengurukannya. Jika anda pemilik Resort atau Chalet yang sentiasa menjadi tumpuan pelajar atau agensi yang menjalani kursus. Maka sangat tepat bila membangunakan menara Wall Climbing untuk aktiviti di premis. Menara yang di lengkapkan dengan aktiviti Absailing ianya menjadi lebih lengkap. Berminat boleh hubunggi kami tidak kira di mana lokasi anda berada.