Kursus & Camp
siapa kami?
Team kami dibimbing dan diketuai oleh individu berkelayakan. Merupakan tenaga pengajar bertauliah dan pentauliahan itu dari Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) dan Ketua jurulatih kami pemegang Tauliah Level 3 PJRM. Juga merupakan ex Jurulatih kayak SUKMA dan mendapat tauliah dalam mengajar Kursus persijilan dari Persatuan Kanu Malaysia atau MASCA. Beliau juga mendapat tauliah dalam MCCA Inspector Type B dari Malaysia Challenge Course Association – MCCA. Merupakan pesara guru juga ex Jurulatih Kanan Pusat Kokurikulum di Malaysia.
TERBUKTI KAMI MAMPU DAN TELAH mengendalikan Kursus-kursus Motivasi, Komunikasi Skill, Team Building disamping kursus-kursus dalam bidang sukan lasak yang memang menjadi asam garam kami dalam pelaksanaannya.
Mengendalikan kursus dari Politeknik Jeli Kelantan Kursus Kayak Star 1. Terima kasih Politeknik Jeli memilih kami adventureterengganu.com
Kursus Kayak Star 1 Peserta sebahagian besar dari geng lumba perahu Jeram Manir, Juga Operator kayak di selurh Terengganu. Terima kasih memilih www.adventureterengganu.com
Terima kasih memilih www.adventureterengganu.com dalam Kem motivasi & Jati diri anda. Terima Kasih Daun Keladi. - Tempahan 2025 di buka dari sekarang.
Kursus Outrec bersama Jabatan Belia & Sukan
Melaksanakan Kursus Outrec 1 sebagaimana amanah yang ditetapkan mengikut modul dan kurikulum yang dipantau oleh PJRM (Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia)
Kursus Team Building
Pengalaman lama bertugas bersama Bimbingan dan Kaunseling memberi peluang terus mencurahkan ilmu ke dalam kursus-kursus melibatkan pelajar, remaja dan dewasa. Turut melaksanakan Kursus Teram Building yang melibatkan agensi, Kolej, Pusat Latihan, Syarikat Korporat atau mana-mana Organisasi yang berhajat membina Team Building bersama kami di adventureterengganu.com

Kayak Star 1 & 2
Bersama Persatuan Kanu Negeri Terengganu dan Persatuan Kanu Malaysia (MASCA). Sememangnya kursus ini sering mendapat tempat dikalangan pelajar IPT dan organisasisetempat. TERKINI KAMI AKAN MELAKSANAKAN KURSUS KAYAK STAR 1 dari Team POLITEKNIK JELI Kelantan. Kursus yang melibatkan pelajar Politeknik dan juga pensyarah serta kakitangan. Kursus bakal berlangsung pada hujung bulan April 2024. Kami akan memuatkan ceritanya dalam website ini apabila segalanya selesai berlangsung.
Outdoor Camp serta Skytrex
Kami turut melaksanakan Outdoor Camp lengkap dengan aktiviti skytrek dan zipline. Dikendalikan oleh jurulatih berkelayakan. Kami mengendalikan perkhemahan pelajar dari awal hingga tamat program. Turut terlibat dalam Perkhemahan Motivasi, Perkhemahan Kokurikulum atau Kem-Kem yang melibatkan pelajar rendah atau menengah.
Perkhemahan Kokurikulum
Berbincang dengan kami untuk penganjuran yang melibatkan keseluruhan aktiviti termasuk makan minum. Program hanya dilaksanakan di Belukar Cukit Campsite.
Outdoor Camp, Ekspedisi Kayak & Ekspedisi Gunung
Kami memberi khidmat untuk penganjuran program di atas. Mampu laksanakan mengikut objektif dan keperluan yang ditentukan oleh penganjur.




















